19:16 1

KISAH MEREKA YANG TERLEPAS PESAWAT MAS MH370



KISAH MEREKA YANG TERLEPAS PESAWAT MAS MH370 


Dikatakan tiga penumpang dikesan ‘terlepas’ daripada kapalterbang MH370 apabila mereka tidak menaiki pesawat berkenaan.

Yang pertama kisah seorang ahli perniagaan yang telah membatalkan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan Malaysia Airlines (MAS). Beliau terkejut dengan berita pesawat MAS dilapor hilang.


Mengikut perancangan awal, ahli perniagaan bernama Woo ini sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan.


Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting.


Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang.


Selain itu, ada 2 lagi penumpang dikatakan tidak menaiki pesawat itu. Kedua-dua nya lelaki berbangsa Melayu dan terkejut dengan berita kehilangan MH370.


KISAH SEDIH: Pasangan Berbulan madu antara penumpang pesawat MH370 (KLIK SINI)





1 comments:

  1. alhamdulillah . shukur allah masih beri peluang utk hidup di bumi NYA .

    ReplyDelete