21:02 1

Penumpang MH370, Philip Wood Mesej Minta Tolong



Penumpang MH370, Philip Wood Mesej Minta Tolong


Kisah salah seorang penumpang MH370 yang meminta tolong kini hangat diperkatakan. Penumpang itu bernama Philip Wood merupakan seorang pekerja dari IBM.

Beliau dikatakan menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, iaitu di Diego Garcia.

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi mendakwa kisah itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak tak bertanggungjawab yang mahu semua orang mempercayai bahawa kerajaan Malaysia ada menyembunyikan maklumat di sebalik kehilangan MH370.

Ini kata Prof Dr Azmi:
"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia"

Dalam mesej disebuah forum bertarikh 19 Mac, satu profil  yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas.

Wood mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan telah diberikan dadah oleh perampas kerana beliau tidak dapat berfikir dengan baik.

Philip Wood juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia. Beliau ditahan secara berasingan dari penumpang yang lain.

Philip Wood dikatakan menyorokkan telefon bimbit di dubur apabila dirampas.


Philip Wood yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370 yag kini masih hilang. Belia merupakan warganegara Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan syarikat komputer IBM bercawangan di Beijing sejak dua tahun lalu. Beliau dalam perjalan pulang ke China setelah selesai urusan kerja di Malaysia.

Philip Wood juga memuat naik gambar profilnya dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014. Namun ada pihak kata ianya boleh dibuat menggunakan perisian.

Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal. Namun ramai juga yang mempercayai kisah ini dan percaya mesej itu sebenarnya dari Philip Wood. Ini termasuklah kekasih Philip Wood sendiri.
Diego Garcia, tempat Wood ditahan


post di forum dikatakan dari Wood

Gambar Philip Wood

1 comments:

  1. pembohongan.. entah setan mane yang menyamar tu...

    ReplyDelete