Kes Dera: Pasangan Malaysia Dipenjara
Shalwati Nor Shal dan Azizul Raheem Awaluddin, ibu bapa yang didakwa di Sweden kerana mendera anak didapati bersalah. Mereka didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Solna kerana melanggar integriti anak-anak mereka dibawah Seksyen 4A, Bab 4 Kanun Keseksaan Sweden.
Mahkamah juga menetapkan bahawa pasangan itu perlu membayar ganti rugi terhadap anak-anak mereka.
Ibu kepada empat orang anak, Shalwati Norshal dijatuhi hukuman penjara selama 14 bulan kerana perlakuan kasar terhadap anak perempuannya dan anak lelaki sulungnya serta atas kesalahan menyakiti dua lagi anak lelakinya. Ini turut diberitahu oleh peguamnya, Kristopher Stahre.
Azizul bagaimanapun dibebaskan daripada apa-apa kesalahan terhadap anak bongsunya.
Sejak ditahan pada tahun lepas, Azizul dan Shalwati belum bertemu dengan kempat-empat anak-anak mereka.
Azizul Awaluddin Raheem, seorang pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji telah ditahan sejak Disember tahun lalu kerana dipercayai mendera keempat-empat anak mereka yang kini berada dalam jagaan ibu saudara di Kelantan.
-kenyataan jiran di Sweden (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment