10:47 0

MH370: Shila Amzah Dikecam Di China



MH370: Shila Amzah Dikecam Di China


Shila Amzah telah menjadi mangsa kemarahan segelintir rakyat China yang menyalahkan Malaysia di atas kehilangan MH370.

Penyanyi bersuara hebat yang meningkat naik di China ini kini sedang menyertai pertandingan nyanyian I Am Singer di China.

Ada beberapa peminat yang memberi kecaman hebat kepada Shila Amzah di laman web Weibo.com hanya kerana mereka mengetahui bahawa penyanyi Shila Amzah berasal dari negara Malaysia.

Bukan sahaja Shila, malah beberapa penyanyi dari Malaysia yang terkenal di sana seperti Fish Leong dan Gray Chaw juga menerima nasib yang sama apabila dikecam sehingga ada yang menuduh mereka pembunuh.


Shila Amzah yang perasan dengan kejadian ini telah memuatnaik status di laman sosial yang berbunyi: "“MH370 is not my fault...I'm very sorry, please.”.

Kenyataan itu dibuat dalam bahasa cina dan komen Shila Amzah itu mendapat like sebanyak 14 ribu dari peminatnya yang rata-rata adalah daripada Malaysia dan negara China sendiri.

Di weibo.com juga peminat setia Shila dari China terus memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada Shila. Mereka paham insiden MH370 tiada kena mengena dengan Shila sebagai penyanyi.

Berita lain: 
-Gaji Shila Amzah Yang MEWAH Di China (KLIK SINI)
-Kening Shila ala-ala Shin Chan (KLIK SINI)





0 comments:

Post a Comment