Luahan Hati Anak Captain Zaharie, Pilot MH370
Ahmad Seth merupakan anak lelaki bongsu kepada Captain Zaharie. Anak bongsu kepada pilot MH370, Kapten Zaharie telah membuat kenyataan apabila pengumuman tentang pesawat MH370 yang dikatakan berakhir di tengah lautan Hindi.
Ini kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Seth:
“Selagi tidak tengok dengan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup,”
“Saya tenang dan tidak terkejut. Itu yang boleh saya katakan sebaik mendapat berita perjalanan MH370 yang dikendalikan ayah berakhir di selatan Lautan Hindi.
“Ini mungkin kerana naluri saya kuat mengatakan ayah masih hidup. Walaupun saya tahu peluang itu (masih hidup) tipis tetapi selagi tiada bukti menunjukkan perkara itu, saya rasakan yang ayah masih ada,”
Ahmad Seth Zaharie yang kini berumur 26 tahun berkata dia langsung tak terkejut apabila PM Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan pesawat MH370 telahpun berakhir di selatan Lautan Hindi. Ini dibuat setelah mendapat bukti dari satelit yang berteknologi tinggi.
Ahmad Seth Zaharie ditemui di rumahnya di Subang Jaya, kelmarin oleh wartawan.
~ Kenyataan Fairuz Hamid, Adik Mangsa MH370 (KLIK SINI)
dari kiri: Aishah (anak perempuan), Seth (anak lelaki), isteri |
Saya juga yakin kapten masih hidup. Wallahu'alam.
ReplyDelete