11:09 1

Ali Mamak Meninggal Dunia



Ali Mamak Meninggal Dunia


Pelawak veteran yang merupakan artis serba boleh, Datuk Ali Mamak telahpun meninggal dunia. Beliau disahkan tidak lagi bernafas dan kembali kepadaNya pada pukul 4.20 pagi Khamis di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia, Cheras.

Punca kematian pelawak versatil ini dikatakan akibat penyakit leukemia.

Rakan karib Allahyarham,Abon berkata Ali Mamak atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya, namun doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit darah leukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kemoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu," katanya.

Abon juga berkata, Allahyarham masih berada dalam keadaan baik pada Rabu (semalam) selain mampu bercakap dan memberikan isyarat tangan apabila ada tetamu yang datang menziarahinya.

Sebagai sahabat dia tidak menyangka Ali Mamak berada dalam keadaan kritikal kerana sebelum dimasukkan ke hospital keadaan beliau sihat selain sempat mengadakan persembahan di Melaka.

"Keadaan arwah semalam masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," katanya.

Allahyarham yang juga anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berada di dalam dunia seni selama kira-kira 25 tahun. Beliau juga dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Selain melawak, Ali Mamak juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelun solat Zohor pada Khamis.

p/s: takziah buat Ali Mamak. Al-Fatihah.

Kisah Azean Erdawaty Meninggal Dunia (KLIK SINI)



1 comments: