10:20 0

Aidil Zafuan Hanya Mampu Beri Nafkah RM2,000 Sebulan Kepada Rita


Aidil Zafuan Hanya Mampu Beri Nafkah RM2,000 Sebulan Kepada Rita


Kisah terkini tentang tuntutan nafkah Rita Rudaini dan anak anak daripada Aidil Zafuan. 

Kapten dan pemain bola sepak JDT dan Malaysia telah memberikan kenyataan di mahkamah bahawa beliau mampu membayar RM2,000 sebulan kepada Rita Rudaini.

RM 2 ribu itu mula diberi selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara mulai pada bulan Januari tahun 2012. 

Wang RM2,000 itu beliau tidak bahagikan kepada bayaran tertentu kerana ianya diberi kepada Rita Rudaini untuk menguruskan wang berkenaan sebagai nafkah kepada dua anak lelaki mereka.

“Dalam tempoh perkahwinan, saya memberikan RM5 ribu untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Tetapi, sejak keluar dari rumah, saya hanya bagi RM2 ribu sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah sewa RM3,000,” katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Mohd Zaid Mohd Zain yang mewakili Rita Rudaini selaku plaintif.

Gambar kedua dua bekas suami Rita (klik sini)



0 comments:

Post a Comment