20:53 0

Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik Huzlan


Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik Huzlan   


Gambar-gambar terbaru tentang pergerakkan kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dikatakan dipersembah dan disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah merubah tanggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau Penerbangan Malaysia (MAS), Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan maklumat terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri tetapi kini membuat pusingan ke kanan.


“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh orang yang melakukannya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering. Ini maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.

Lagi pendedahan Kapten Datuk Nik Huzlan (baca sini)




0 comments:

Post a Comment