16:05 26

Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Disebalik Tragedi MH370



Pendedahan Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Disebalik Tragedi MH370


Laporan dari MyMediaHUb dan BeritaSemasa:

 Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines). Beliau telah ditemuramah oleh banyak pihak ekoran kehilangan MH370.

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain

-Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
-berpengalamaman lebih 30 tahun
-Isteri beliau adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines
-Bapa Mertua beliau adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS
-pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Intipati & Isikandungan Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.
Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.

Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.

Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.

Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang

Mungkingkah MH370 Dirampas Pengganas?

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?

MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar

Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.

Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas)

Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara

Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.

Akhir Kata

Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian

~Baca lagi MISTERI MH370 Drungkai DISINI 


26 comments:

  1. Masyaallah. ..semoga semua yang berada di dalam MH370 selamat.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah hanya kau sahaja yang tahu di mana MH370 berada dan berikanlah petunjuk kepada mereka yang mencari AMIN.....

    ReplyDelete
  3. Insya Allah kebenaran akan terbukti..kembali lah kepada yang menciptakan sekalian Alam dan makhluk

    ReplyDelete
  4. Masih mendoakan yang terbaik dan semoga pencarian berhasil..

    ReplyDelete
  5. sy percya dgn kata2 datuk kapten nik ahmad huzlan...

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah permudahkan pencarian MH370...dan lindungi semua penumpang.

    aminnn

    ReplyDelete
  7. Datuk Kapten Nik jelas sekali seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia penerbangan. Rakyat malaysia sungguh bertuah mempunyai individu seperti dia. Salute~ frm: Pemerhati dari Brunei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Respek sgt...Kata-katanya penuh dgn fakta...

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mereka semua dipelihara Allah. Amiin.

      Delete
  9. Kesimpulannya? Rampasan ke mcm mn? Selagi bangkai dok jupe ...ia ptt ditafsirkan sbg hlg ..n penumpangnya msh slmt ...itu lbh baik ..rampasan dok smestinya utk pampasan ...sbb stgh2 pgns tdk mrmpas utk tuntutan ...hrp msh ada hrpn utk merek hdp ...smoga allah buka pntu ht prmps ...lmbtkan ht ny ...lpskn semua pnmpg...

    ReplyDelete
  10. Tak boleh nak komen banyak . . . Saya masih percaya dengan apa yg Datuk Kapten Nik katakan . . . Tapi Allah yg lebih mengetahui . . . Andaikata ianya benar Ya Allah kau lindungi laa mereka . . .

    ReplyDelete
  11. banyak benda yg betol kata kapten nik...bukan nya mudah jika mh370 dlm masalah walau apa pun...butang kecemasan akan direct dlm 3 saat ke pusat kawalan...sebenarnya banyak benda yg telah di ragui...harap smua nya baik2 blaka

    ReplyDelete
  12. Kronologi Tragedi Air France berbeza, pilot sempat berhubung dengan menara kawalan sebelum terhempas, serpihan pesawat telah pun ditemui beberapa hari selepas itu dan ianya mengambil masa selama 2 tahun untuk mengumpul keseluruhan serpihan pesawat termasuk kotak hitam, bukannya selepas 2 tahun barulah bangkai pesawat ditemui.

    ReplyDelete
  13. Dikatakan jika MH370 dijumpai didasar laut ia akan dibawa ke Perth utk urusan penyiasatan dan pemeriksaan. Adalah wajar sekumpulan penyiasat dari Malaysia berada disana utk memastikan tiada sebarang bukti terlepas pandang.

    ReplyDelete
  14. apa yg dickpkan oleh captain sama gambaran seperti mimpi seorg ustaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju.pesawat di control AS.China xkn diam diri.Semoga ada di antara komplot mreka brpling tadah dn bgtau dunia prkra sbnr..Allah maha Adil!..buku akan brtemu ruasnya..

      Delete
  15. seperti ada konspirasi negara-negara besar di sebalik tragedi ini, andaikata pesawat dilumpuhkan/dirosakkan sistem perhubungannya dan diambilalih kawalannya oleh pihak perampas samada dari dalam atau serangan dan kawalan/remote dari luaran (melalui pesawat-pesawat lain), apakah ini boleh berlaku?

    ReplyDelete
  16. Wateva had happened.. & wateva the story is.. only Allah swt yg tahu.. prayer still gg on for the missing #MH370.. semoga dipertemukn secepat yg mungkin.. Aamiin

    ReplyDelete
  17. Hanya ALLAH yg mengetahui segalanya ... Ya ALLAH bantulah kami

    ReplyDelete
  18. semoga kekusutan ini akan terungkai suatu hari nanti...Allah Maha Besar..

    ReplyDelete
  19. InsyaALLAH. Allah MAHA mengetahui.

    ReplyDelete
  20. hanya mampu berdoa kpadaNya... dugaanNya buad kita amat besar.. begitu bnyak rasiaNya kepada kita semua... mgkin dengan memohon kepadaNya adalah 1 pkara yang Dia hendaki dari kita...

    ReplyDelete