Searching...
12:27 3

"AirAsia Punca Ayah Saya (Ustaz Haron Din) Masuk IJN!" - Anak Haron Din

Air Asia Punca Haron Din Masuk IJN- Anak


AirAsia merupakan syarikat penerbangan tambang murah yang amat terkenal dengan tagline “Now Everyone Can Fly”. 

Sememangnya sejak wujudnya AirAsia, memang ramai rakyat Malaysia yang dapat merasa naik kapal terbang namun  ramai juga yang merasa caj tersembunyi yang mencekik darah yang dikenakan oleh AirAsia.

Untuk pengetahuan beberapa hari yang lepas, Ustaz Haron Din dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). PM Najib juga ada meluangkan masa menjeguk dan melawat beliau di IJN semalam.

Huda Haron, yang merupakan anak kepada Haron Din telah membuat status di Facebook, punca ayahnya dimasukkan ke IJN.

Ini luahan Dr Huda Haron:

“Atas tagline ‘now everyone can fly’ maka kita rakyat marhaen merasakan mereka menawarkan khidmat paling murah.

Hakikatnya banyak bayaran tersembunyi untuk orang buta huruf macam saya. Bayaran Bagasi, hot seat .. bla bla bla… letih nak senaraikan.


Hatta khidmat wheelcair pun kena bayaran! RM60.. WOWW! Bayangkan ayahanda saya yang mengidap masaalah jantung yang dinafikan haknya untuk khidmat kerusi roda walaupun kami telah memohon dan merayu khidmat itu terlebih awal.


PENERBANGAN : AOR - KUL. AK6015 9.45pm-10.50pm


Docking punya lah jauh.. Tiada kerusi roda disediakan dan buka benda baru kami dinafikan khidmat tersebut. Dah banyak kali dah. Letih nak senarai semuanya. Penat!! Tiada perikemanusiaan langsung.


Terima Kasih AA, ayah saya terpaksa dikejarkan ke IJN.”



~Bicara Haron Din tentang MH370 (KLIK SINI)





3 comments:

  1. Jln bljr salahkan pihak lain... Belajarlah ketentuan qada n qadar

    ReplyDelete
  2. Ater memang dh betul puncanye..nk cerita punca yg lain buat ape...

    ReplyDelete
  3. Kenapa nak komdem huda haron? Die complain supaya aa perbaiki service. Ce open mind skit. Setiap pgguna ada hak bersuara. Klu jadi pda dri sendiri bru tahu

    ReplyDelete