[Baju Teletubbies] Rebecca Tak Mengaku Salah Malah Salahkan Pengikutnya
Nama pelakon Rabecca Nur Al Islam kini menjadi sebutan semula setelah kali terakhir popular dengan pergaduhan dengan pengarah Erma Fatima.
Ini ekoran tersebarnya baju fesyen Teletubbies merah yang menjadi viral di laman sosial stelah Rebecca memuatnaik di Instagram.
Rebecca yang kini berumur 28 tahun, berkata, dia kecewa apabila ada pengikutnya yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar dia berbaju ketat untuk dijadikan bahan kutukan.
Ini kata-kata Rebecca kepada mStar:
“Penyebaran gambar itu dibuat sendiri oleh pengikut saya. Kerana itu, masyarakat luar mendapat dosa percuma daripada Tuhan,”
“Saya sendiri sedang berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik. Insya-Allah. Tiada siapa yang sempurna,”
Nampaknya tiada secalit penyesalan kepada Rebecca kerana memakai pakaian yang memalukan sebegitu sebaliknya menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain.
Jawapan Rebecca itu sememangnya mendapat pandangan negatif orang ramai di laman sosial. Sepatutnya Rebecca memohon maaf kerana berpakaian begitu dan lebih berhati-hati ketika berpakaian di khalayak ramai. Bukannya menyalah orang lain. APTB.
Gambar fesyen Teletubbies Rebecca (KLIK SINI)
0 comments:
Post a Comment