Gila Bodoh! Bayi 9 Bulan Ditahan Atas Dakwaan Tuduhan Cubaan Membunuh
Oh ini memang berita pelik tetapi sememangnya berlaku. Mula baca ingatkan cerita dongeng tetapi ianya ternyata benar.
Seorang bayi 9 bulan ditangkap, ditahan dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh. Yep bayi 9 bulan kena tahan kerana dakwaan itu.
Kes pelik ini berlaku di Pakistan.
Bayi 9 bulan yang jalan pun mungkin masih terkial-kial ataupun langsung belum boleh berjalan dan bercakap, ditahan polis yang membuat aduan.
Kes ini mendapat liputan meluas kerana pelik dengan penangkapan tersebut.
Bayi ini dikatakan membaling batu kearah polis dalam satu demonstrasi jalanan kerana ketiadaan tenaga elektrik.
Kiranya bapa bayi tersebut telah membawa bayi ini menyertai protest atau demo tersebut dan polis telah menangkap 25 orang termasuk bayi itu dan bapanya.
Bayi itu kini dibenarkan pulang dengan diikat jamin. Bapa bayi itu berkata polis tersebut membuat laporan yang palsu dan berlebih-lebihan.
Banyak pihak berkata bayi itu harus dilepaskan sahaja dan memang langsung tak bersalah. Dakwaan melampau itu harus digugurkan segera.
Polis yang membuat aduan itu telahpun di suspended atau digantung dari bekerja. Haha.
Video di bawah sekali:
Polis tu sakit hati sbb kna baling batu kot, hehe
ReplyDeleteApa la..mcm ni pn ada...agk2 la..hahaha..klakar
ReplyDelete