06:49 0

Hans Isaac Kahwin Hujung Tahun


Hans Isaac Kahwin Hujung Tahun 

Pelakon,pengarah dan penerbit kacak, Hans Isaac akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya pada hujung tahun ini. 

Umum mengetahui hubungan rapat antara Hans Isaac dan Neelofa, namun mereka berdua tidak pernah mengumumkan secara rasmi hubungan cinta mereka.

Dalam satu temubual dari mStar, Hans telah menjawab tentang status hubungannya dengan aktres popular Neelofa.

Ini kata Hans Isaac:
"Kalau diikutkan kesediaan untuk berumah tangga, saya sudah lama bersedia dan mungkin akan buat keputusan untuk berkahwin selewat-lewatnya Disember ini,”

“Tiada lagi istilah kerja kuat, saya hanya kerja selama tiga jam sehari sahaja dan selebihnya saya lakukan aktiviti yang tidak dapat saya lakukan dahulu.

“Saya tidak mahu fikir fasal jualan filem, promosi atau cari publisiti untuk mengejar populariti, zaman itu semua sudah berlalu"

Bagi Hans Isaac, kini dia lebih banyak menumpukan perhatian kepada kehidupan peribadi daripada kerjaya. Dia akui mahu ada masa untuk yang tersayang dan nak jalani kehidupan yang seimbang berbanding dahulu.

baca juga:
Jihan Raja Lawak nak kahwin (KLIK SINI)



0 comments:

Post a Comment