19:33 0

Adi Putra Cipta 264 Formula Matematik Berasaskan Al-Quran


Adi Putra Cipta 264 Formula Matematik Berasaskan Al-Quran

Pernah dengar nama Adi Putra? Beliau merupakan kanak-kanak genius yang pernah mendapat perhatian suatu masa dulu.

Perkembangan terbaru Adi Putra, dia sudah mencipta sebanyak 264 formula matematik dan buku cara penyelesaian matematik telahpun diterbitkan.

Bijaknya Adi Putra Abd Ghani, pada usia yang muda beliau mampu berkongsi pelbagai bidang ilmu terutamanya matematik dengan pelbagai lapisan masyarakat antaranya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta kakitangan agensi kerajaan.

Menurutnya, ini bukannya 100% bidang matematik baru, tetapi cara pendekatan saja yang berbeza dan kebanyakan formula yang diciptanya adalah berasaskan daripada al-Quran serta Islam.

Contohnya seperti berdasarkan hukum tajwid termasuk mengaitkan formula dengan kejadian alam, namun ia ditukar kepada sistem pengiraan matematik.

Adi Putra kini sudah berada pada usia remaja dan masih meneruskan usahanya dalam berkongsi ilmu matematik dengan pihak lain dalam pelbagai platform.

“Saya tidak pernah hilang, sebaliknya masih meneruskan usaha untuk menyebarkan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk semua pihak. Saya juga sering mengadakan bengkel di sekolah serta IPT berkaitan dengan ilmu matematik. - Metro

Baca juga:
~Rahsia Tun Dr Mahathir (BACA SINI)



0 comments:

Post a Comment