20:11 33

Rahsia Besar Tun Mahathir Terbongkar


Rahsia Besar Tun Mahathir Terbongkar

Mahathir Bin Mohamad meruakan perdana menteri Malaysia yang ke empat dan paling lama buat masa kini. Beliau berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.

Lahir pada Jun 1925 di Kedah, beliau telah melalui dan menyertai bidang politik selama 40 tahun.

Beliau merupakan seorang doktor bertauliah dan bertemu dengan isteri, Tun Siti Hasmah ketika belajar bidang perubatan bersama-sama.

Inilah rahsia yang ramai tidak tahu tentang Tun Dr Mahathir.

1) Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

Beliau sebagai manusia sudah tentu tidak sempurna. Memang ada yang baik dan ada yang buruk. Tapi ini saya kongsikan kisah Dr Mahathir yang baik sahaja ye :)

Biasalah sebagai seorang ahli politik ada yang menyokongnya dan ada juga yang menentang.


Baca juga:
Anak Mahathir Mohamad ceburi bidang lakonan (baca sini)


33 comments:

  1. Thanx for the info..jasa beliau cukup banyak..hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasanya.. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasamu menghina hukum Allah, Jasamu menghina sunah Rasululah, Jasamu menyokong anti hadis, Jasamu membunuh saudara saagama, Jasamu menyekat peruntukan kepada sekolah ugama, Jasamu menyekat Royality minyak kepada negeri Kelantan yang diperintah oleh Melayu Islam, Jasamu menghapus bahasa melayu secara halus, Jasamu memelayukan mamak dari a/l @ a/p kepada bin dan binte, Jasamu mengumpul kekayaan untuk anak pinak dan kroni,

      Delete
    2. Det x pernah hina hukum islam, cuma dia x setuju hukum hudud yg digubal pas secara trgesa2. Det x hina sunah nabi, cuma klu isu janggut tu, dia x suka tengok org islam selekeh dgn janggut tumbuh x terurus, nabi mndandan janggut dan rambutnya dgn kemas. Tak sokong kasim ahmad dh dikira anti hadis kut. Siapa bunuh saudara seagama? kes memali ke..itu kens tnya musa hitam. Det x sekat peruntukan sek agama...malah dia yg bina universiti agama (uia). Royalti tu mmg bukan hak klate...klu x caya gi la ukur sendiri, brape batu nautika. Bhs melayu tetap utuh w'pun ppsmi dilaksanakn...yg merosakkan bhs bila org mula meringkaskn tulisan sms dan fb je. Det nk org melayu cepat menerima ilmu dgn mnguasai bhs inggeris..x yah baca buku translet. Mamak tu india muslim...patutlah diorg pakai bin dan binti utk bezakn dgn yg bukan islam. Klu anak dia ada bakat dan kebolehan apa salahnye...pembangkang pun buat gitu juga. Nik aziz dgn nik abduh, anwar dgn nurul, kit siang dgn guan eng dan mendiang karpal...?

      Delete
    3. Anoy @20:49
      Apakah Jasa mu..?
      Apa kah sumbangan mu..?
      Apa kah Khidmat mu..?

      Delete
  2. jasamu tetap dikenang tun.takkan ada penganti pemimpin sepertinya

    ReplyDelete
  3. saya memang kagum dengan kepimpinan beliau..

    ReplyDelete
  4. dia lah antara pemimpin masa kini yg aq salute

    ReplyDelete
  5. Takkan jumpa pemimpin seperti dia lg :(

    ReplyDelete
  6. beliau adalah orang yang paling bagus sekali...dan beliau ada adalah pemimpin berjiwa rakyat

    ReplyDelete
  7. Mmg kagum dgn Tun... idola sy..

    ReplyDelete
  8. masih banyak lagi rahsia pemimpin ni yg akan membuatkan kita bangga...salute 4 Tun M..

    ReplyDelete
  9. ajar bini dan anak dulu pakai tudung.. tu lebih penting..

    ReplyDelete
  10. Ini adalah fakta penipu... disahkan oleh marina sendiri... jgnla kerana taksub pg bwat ceritadongeng mcm ni...

    ReplyDelete
  11. Hanya Allah swt sahaja yg maha mengetahui perkara yg sebenar.. jika benar Tun ada membuat semua perkara2 baik yg disebutkan.. mudah2an dia ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika benar dia seorang telah menyumbang kebaikan kepada agama, bangsa dan negara kenapa hingga kini beliau tidak sendang duduk dari Tun Abdullah jadi Pm sampai kini. Tidak seperti Pm yang sebelum beliau yang bersara dengan aman. Malah bercita2 untuk menjadi Pm kali kedua demi untuk menjaga kecurangan beliau semasa menjadi PM

      Delete
  12. tolong Islam??anak dia pon tokey kilang arak san miguel!

    ReplyDelete
  13. Setengah yg bace ni (yang x suke Tun M) mesti harap "rahsia besar" Tun M mende2 yg x elok... tgk laaa sendiri brain korg dahagakan mende2 yg negatif. Sebagai org islam, biar Allah tentukan fakta tu btol atau tak.

    ReplyDelete
  14. Ada isteri yg tpaksa menjual rumah & harta apabila suami btahun2 dlm tahanan ISA - fikirkan laaa. Tahanan tanpa pengadilan.

    ReplyDelete
  15. Huh ?? Ni citer betul or tak ni ? Jgn buat konfius laa -_-

    ReplyDelete
  16. Zumal amat kagum dengan Tun M :)

    ReplyDelete
  17. Biar ape org nk kata ttg Tun, beliau ttp mjadi idola ku.. dan aku myampah org yg suka mgutuk Tun...

    ReplyDelete
  18. Manusia bijak yg ada hanya satu dlm sejuta...dan kebijaksanaan itu disalurkan pd jalan yg benar..memberi manfaat pd manusia lain.
    Beliau termasuk dlm do'a sejahtera ku..

    ReplyDelete
  19. cube paham kan apa yg admin tu kata...kan dia kata hanya kongsi yg baik baik je,kalau yg tak baik,search sendiri...dunia semua di hujung jari.

    ReplyDelete
  20. ni hangpa semua yg dok puji melangit hanya baca benda yg mai dr lidah kumpulan fasik...tak fasik ka jika surat khabar dia sejak dia perintah dok bg berita paing tepat tentang keputusan NOMBOR EKOR judi yg dihalalkan kerana lesan...

    hangpa belajag ka dak hukum Allah. Dia boleh naik ke ka'bah bukan dalil dia beriman ka tidak...sedangkan arab jahiliyah penuh masuk dlm ka'bah siap bawa berhala...pi ke mana akai hangpa...Allah bagi akai jgn dok main sentimen konon boleh naik ka'bah itu dah sah Islamnya...apa tidakkah gugur Islamnya bila dia boleh berkata bhw nabi simpan janggutnya krn masa itu tiadanya pisau Gillete...sdg Nas (bukan kalam Nik Aziz atau mana2 mufti bertaraf dunia pun) ianya kalam tuhan kpd siapa yg pertikai,perlekeh,persenda,memperendahkan mana-mana juzuk pun di dlm agama hatta soal janggut, itu sudah dikira murtad jika dia tahu akibatnya. jika jahil....(apakah tiada seorg pun yg arif boleh ajarkannya soal ini di dlm jabatan perdana menteri???

    Jgn semudah itu memujinya...kebaikkannya hanyalah sekitar lebih kurang kebaikan Abu Thalib kpd nabi Muhammad SAW. Beliau baharu saja membela si Murtad Kassim Ahmad yg menafikan keperluan umat berpegang kpd Hadis Nabi, hanya krn mainan akal gurunya.

    Secara peribadi saya & keluarga ada pengalaman soal tanah di Pulau Langkawi pusaka Allahyarham moyang kami yg licin dikerjakan oleh beliau ini bersama pasukannya LADA dgn harga yg murah lalu jual kpd taukeh hotel bukan Melayu & bukan Islam.

    Renungkanlah...jgn mudah terhasut utk mencintainya...sekian

    ReplyDelete
  21. I am proud of you Sir.. Tun M, best prime minister ever.. ALLAH berkati lah insan ini..

    ReplyDelete
  22. ketika negara kcil yg lain bdiam dri beliaulah yg bgkit bersuara mewakili ngra2 kcil yg lain demi sebuah keadilan dan keamanan jasamu dikenang tun!!

    ReplyDelete
  23. Hahaha. Mane yg pembangkang, tgk tajuk entry ni mesti berpusu pusu nk bukak sbb mngharapkan rahsia yg negatif sbb ada isu nak tibai tun m. Sekali bila bukak, keciwa hati daaa. Kihkihkih. Tu yg bila komen kat sini ckp main lopehh yoo sobab sabar ea hilang sudaaa.

    ReplyDelete
  24. Salute you , now & always.There'll never be another you.

    ReplyDelete
  25. kepada semua org,jgn lah kutuk2 dia..kalau x nk percaya x apalah..x payah nk tuduh Dr Mahathir..ada ke pihak lain yg berbakti mcm dia?ada ke?apa tindakkan 'pihak' tersebut?berbaktikah 'pihak' tu?yg x suka ni,pasti ada org yg 'membayar' anda untuk mengutuknya..kan?

    ReplyDelete
  26. Pandang dari sudut positif. Bertuah Tun ramai orang kutuk dia. Dgn rela hati mereka semua sedekah pahala kat Tun. Kat padang mahsyar sok merangkak cari Tun minta maaf.

    ReplyDelete
  27. Kita tak tau segala keburukan atau kebaikan yg tlah Tun lakukan semasa pemerintahannya.. pasti ada sebab Tun lakukan semua tu.. sgala kebaikan yg Tun lakukan tu kita hargai dan keburukan tu kita serah pd Allah kerna Allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  28. Anoy @ 20:55 18 april
    Mcm Tahu jer Tun tak senang duduk..atau kau sendiri yg panas muntut tak reti nak duduk diam.?? Setiap saat membenci dan berdendam dgn Tun atau mana mana PM di malaysia nie..?
    Memang dia sudah bersara dgn aman..hang tak perlu risau pun..cuma jiwa hang tu yg tak aman..benci sangat kat Tun..
    Hidup tak akan menongkat Langit..
    Tapi tun tetap relax cool..walau pun hang benci dia sampai ke langit pun...
    Sedarlah..ingat lah..
    Anda pun sudah merasa dan menikmati hasil kepimpinan beliau di negara ini tanpa anda sedari...kalau pun bukan anda ..mungkin anak2 anda...sedra mara..?
    So grow up...think wisely...

    ReplyDelete
  29. Selama 22thn menjd PM..Tun lah yg meletakkan Msia di mata dunia..yg ngutuk Tun ni mesti lahir slps Msia di bangunkan...klu dia xbguna xkan dia bleh btahan selama tu..klu pun dia xaman slps bsara..ini adalah krn pimpinan skrg byk xbtl dr btl...dia x meroyan nk jd pm tuk kali kdua..dia nk yg tbaik tuk negara dia sblm dia ttp mata..Jepun kata...klu Melayu xnk Tun..dorg nak..!! xpyh pertikaikan ttg dosa pahala dia ank beranak..itu hal dia dgn Allah..Allah Maha Mengetahui...tp jasa Tun pd Msia mmg byk....yg tu mmg xbleh dinafikan..

    ReplyDelete