Searching...
13:07 0

Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya


Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya


Ramai yang tahu Awi Rafael merupakan bekas kekasih kepada Hanez Suraya. Awi Rafael berkata yang beliau kini tidak lagi ambil peduli dengan kisah kekasihnya itu.

Dia juga langsung tidak lagi berhubung dengan Hanez Suraya walaupun sebagai kawan.

“Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih”


“Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya,” kata Awi Rafael yang amat bersyukur dengan keputusan yang dibuatnya itu.

Sementara itu Awi Rafael juga menafikan lagu Kalau Aku Kaya yang dinyanyikan bersama Altimet ditujukan khas buat bekas Hanez Suraya. Awi berkata lagu itu bukan dicipta dan ditulis olehnya.

baca juga:
-Polis jadi bodyguard Hanez Suraya (baca sini)
-Hanez kena serang (baca sini)


0 comments:

Post a Comment