20:08 0

Ketika Ditangkap Shahz Jaszle Hanya Pakai B0xer, Farah Berseluar Pendek


Ketika Ditangkap Shahz Jaszle Hanya Pakai B0xer, Farah Berseluar Pendek

Perbicaraan kes tangkap kerana disyaki berkha1wat oleh pelakon popular Shah Jaszle telah berlangsung. Saksinya, Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Radzi Saliman memberitahu mahkamah beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘b0xer’ (seluar dalam) ketika serbuan dilakukan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat pada 16 Mei 2013.

Mohd Radzi memberitahu ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ianya didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk dan dipanggil oleh pihak JAIS.

Katanya, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘b0xer’ (seluar dalam) sahaja," katanya.

Untuk pengetahuan kes perbicaraan melibatkan pelakon Shahz Jaszle, nama penuhnya Shahrizal Jaszle Jasmin dengan seorang pegawai bank bernama Farah Nurizzati Salleh, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Menurut Mohd Radzi, Shahz Jaszle akui wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal siasat JAIS.

Dalam mahkamah Shahrizal duduk di kandang tertuduh, tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi sepanjang hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Dalam kejadian 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati telah ditahan atas tuduhan kha1wat di Apartmen Taman Sri Subang dekat sini kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Pada sebutan kes pada 13 November tahun lalu, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Sementara itu, Shahrizal ketika ditemui di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah.

Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

Lagi Gambar FARAH NURIZATI ( KLIK SINI )




0 comments:

Post a Comment