22:01 0

Pelajar Tingkatan 3 Mati Bergaduh Di Sekolah


Pelajar Tingkatan 3 Mati Bergaduh Di Sekolah

carian:
pelajar gaduh
kes gaduh
gaduh di sekolah
maut gaduh di sekolah

Kes pergaduhan melibatkan pelajar kini semakin menjadi-jadi. 

Yang terbaru seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Rawang dipercayai meninggal dunia selepas terbabit dalam pergaduhan dan ditumbuk rakannya di gelanggang bola tampar sekolah itu malam tadi.

Pelajar lelaki yang berumur 15 tahun itu dikatakan menrima 3 kali tumbukan di bahagian muka ketika bergaduh. Mangsa kemudian terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Kejadian pergaduhan itu berlaku waktu malam kira-kira jam 11 malam.

Datuk Abdul Rahim Jaafar, Timbalan Ketua Polis Selangor berkata, punca pergaduhan ialah sebelum kejadian, mangsa dikatakan telah menuduh rakannya itu mencuri alat permainannya sebelum tercetus pergaduhan antara mereka.

Ini kata Timbalan Ketua Polis Selangor:
"Mangsa dikatakan memukul rakannya dengan tangan sebelum suspek menumbuknya di muka sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri. Namun punca sebenar kematian mangsa masih disiasat,'' 

Beliau berkata, seorang rakan mangsa yang berada di tempat kejadian telah meminta bantuan warden asrama sekolah untuk membawa mangsa ke hospital.

Namun mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Selayang.

Abdul Rahim berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang senjata tajam atau kayu digunakan oleh kedua-dua mereka.

Beliau berkata, rakan pelajar itu telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca juga:
Kes Langgar Kereta Burger King & Motor McDonald (baca sini)


gambar hiasan


0 comments:

Post a Comment