10:25 0

Sari Yanti Bantah Untuk Kembali Taat Kepada Suami


Sari Yanti Bantah Untuk Kembali Taat Kepada Suami

carian:
sari yanti cerai
kes sari yanti cerai
tuntutan sari yanti cerai

Harapan pelakon Sari Yanti Mohd Nazari atau Sari Yanti mahu bercerai dengan suaminya bernama Mohd Edy Casmadi Che Hussin tidak kesampaian apabila pelakon wanita itu terpaksa memfailkan bantahan dakwaan nusyuz terhadap dirinya.

Permohonan bantahan tersebut dibuat untuk menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang dibuat oleh suaminya di Mahkamah Sri Petaling, pada 7 Mac lalu.

Sari pada mulanya membuat permohonan cerai dari suami pada 25 Februari. Suaminya mahu Sari Yanti kembali taat kepadanya. Namun Sari Yanti tidak mahu lantas membuat fail bantahan.

Permohonan bantahan tersebut telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah pada sebutan kes yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, dekat Petaling jaya, Selangor, hari ini.

Sari Yanti yang ditemui di luar dewan mahkamah bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ingin ditemubual pihak media. Sebaliknya dia hanya terus berjalan meninggalkan perkarangan mahkamah.

Suaminya, Edy Casmady berkata, beliau hanya menyerahkan keputusan kepada mahkamah. “Biar mahkamah yang buat keputusan”, katanya ringkas dan terus meninggalkan mahkamah.

Pasangan ini berkahwin pada 2009. Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.

Anak mereka kini tinggal bersama ayah, Edy Casmady.

Baca juga:
-Liza Abdullah CERAI (klik sini)
-Erra Fazira Cerai (klik sini)
-Adam Af dan Fiza Cerai (klik sini)


0 comments:

Post a Comment