12:02 0

Pihak risikan Rusia dakwa MH370 dirampas


Pihak risikan Rusia dakwa MH370 dirampas


Berita kehilangan pesawat MH370 yang mengemparkan dunia yang dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014 lalu belum pun diketahui dimana pesawat tersebut.

Walaubagaimanapun pihak kerajaan Malaysia telah menyatakan bahawa pesawat MH370 telah pun berakhir di lautan Hindi.

Namun hari ini, menerusi akhbar The Sun sumber risikan dari Rusia mendakwa bahwa pesawat MH370 bukan terhempas seperti yang didakwa sebelum ini, malah turut menyatakan pesawat terbabit dirampas serta dilarikan di sempadan Pakistan.

Malah dikatakan juga bahawa semua penumpang pesawat MH370 masih selamat dan berada di pondok yang hampir kehabisan bekalan makanan dan turut dibahagikan pada 7 kumpulan.Walaubagaimanapun, kesahihan berita tersebut belum dikenal pasti.

Apa yang pasti, menurut analisa yang dibuat oleh satelit Inmarsat milik United Kingdom bahawa pesawat Mh370 berada di selatan koridor selatan. 

Ini disetujui AAIB merumuskan Penerbangan MAS MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MAS MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MAS MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia.


0 comments:

Post a Comment