12:10 3

[PUNCA SEBENAR] Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Majlis


[PUNCA SEBENAR] Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 3 Jam Sebelum Majlis


Pasangan baru bernikah yang memasang niat untuk bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya.

Pengantin baru, Junaida Jamaludin yang berumur 29 tahun baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui meninggal dunia oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, pemergian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala. Urat kemungkinan salur darah di bahagian kepala.

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut.

Kamarul Affendy abang kepada mangsa berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.

Ini temubual dengan abang Junaida (Kamarul):
"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.

"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," 


"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.


"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri,"


Berita Terkini
Pelakon Veteran Meninggal Dunia (baca sini)



3 comments:

  1. Dato Noriz Abidin28 April 2014 at 12:37

    Innalillah hiwainna ilaihirojiunn, salam takziah kepada pihak pengantin, Allah lebih menyanyanginye, semoga almarhum ditempatkan bersama org org yg dikasihi Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Salam Takziah Buat Keluarga...
    Utk Suami Nyer, Sabar, Tabah, Redha...
    Semoga Rohnya Ditempatkan bersama org yg Soleha & Beriman...

    ReplyDelete
  3. Semoga suami n keluarga Allahyarhamah tabah dan redha akan ketentuan Nya..

    ReplyDelete