Searching...
10:16 1

Takziah! Pelakon Sidek Meninggal Dunia


Takziah! Pelakon Sidek Meninggal Dunia


Pelakon veteran Sidek Hussain  meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 11.55 malam tadi.

Beliau meninggal dunia akibat kanser tahap empat. 

Sidek mulanya dimasukkan ke Hospital KL pada 30 Mac lalu apabila pengsan di ibu negara ketika sedang membeli barang-barang untuk cucunya.

Apabila diperiksa dan akhirnya hasil pemeriksaan doktor mengesahkan ketumbuhan pada pipinya sejak lebih tiga dekad lalu itu merupakan sejenis kanser yang sedang merebak pada bulan ini. 

Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an. 

Pada Jun lalu tahun lalu, Sidek sempat mengerjakan umrah dan dia mengalami susut berat badan serius serta semakin lemah berikutan hilang selera makan.


1 comments: