Searching...
14:40 0

Selebriti Yang Meninggal Dunia Pada Usia Muda



Selebriti Yang Meninggal Dunia Pada Usia Muda


Yanie Mentor

Yanie Mentor atau nama sebenar Siti Suriane Julkarim, meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan(barah)pada paru-paru pada 21 Mac 2010.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.

Din Beramboi

Pelawak veteren dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010.

Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin nama sebenar Abdillah Murad Md Shari pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya.

Dikatakan kereta Toyota Estima yang dinaikinya dan sedang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.

Faizal Yusof

Bekas suami Siti Nordiana, Faizal Yusof disahkan meninggal dunia pada 2 Januari 2011. Punca kematian dikatakan daripada sakit jantung.

Allahyarham meninggal di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan jam 10 pagi (2 Januari 2011). Semoga segalanya dipermudahkan. Al-Fatihah.

Izwan Pilus

Industri hiburan dikejutkan dengan berita kematian Izwan pada 20 Januari lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan terkena virus kencing tikus yang serius. beliau merupakan abang kepada Aril AF.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka dan dikebumikan di sana pada pagi 21 Januari lalu.

Bob Kuman

Pelawak dan pemilik nama sebenar Husni Mohd Rawi ini disahkan meninggal dunia pada petang 3 Mei lalu akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair di kediamannya di Kota Damansara, di sini. 

Pelawak ini menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat. Kesihatan Allahyarham dilaporkan mula terganggu selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama pada 2010. Terdahulu, Bob pada 21 April lalu kesal apabila ada pihak menyebarkan fitnah mengatakan dia telah meninggal dunia sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan masyarakat.

Datuk Sosilawati Lawiya

Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, ketika berumur 47 tahun.

Kematian jutawan kosmetik juga amat kejam dan mendapat liputan di dalam dan luar negara. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Along Spoon

Satu lagi kes pembunuhan melibatkan artis. Penyanyi kumpulan Spoon telah dibunuh kejam. beliau dikatakan dibunuh seorang anggota polis.

Pada 25 Disember 1999, satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu.

Mari kita sedekah kan Al-Fatihah buat mereka dan doakan mereka.

-Kisah Azean Erdawaty Meninggal Dunia (baca sini)







0 comments:

Post a Comment