Searching...
21:05 0

Bekas Penyanyi Rap Terbunuh Dalam Satu Serangan



Bekas Penyanyi Rap Terbunuh Dalam Satu Serangan


Terbaca di suratkhabar Kosmo tentang kes Jihadist bekas ahli rap yang dikatakan maut selepas satu serangan bom.

Bekas penyanyi rap, Deso Dogg atau nama sebenarnya Denis Cuspert telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Abu Talha al-Almani. Berita yang terkini beliau terbunuh dalam satu serangan di wilayah timur pada Ahad lalu.

Sebelum berhijrah, beliau adalah bekas penyanyi rap dari Jerman, Denis Mamadou Cuspert. Setelah memeluk Islam beliau menyertai kumpulan jihad di Syria dan telah mati syahid selepas terbunuh dalam satu serangan berani mati yang dilancarkan oleh sebuah kumpulan pejuang yang lain, kata sumber kumpulan jihad berkenaan semalam.

Abu Talha telah menyertai perjuangan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Abu Talha dikatakan terbunuh dalam dua serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh kumpulan Barisan Al-Nusra Front.

Berita berhubung kematian Abu Talha itu diumumkan dalam sebuah laman forum kumpulan itu. 

“Kami dengan sedih mengumumkan berita bahawa Abu Talha al-Almani telah mati syahid dan semoga dia diterima Tuhan. Dia meninggal dunia akibat serangan bom berani mati yang dilancarkan oleh anggota-anggota tentera yang belot ke atas sebuah rumah yang didiami oleh beberapa pejuang ISIS,”

Lebih 150,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria yang bermula sebagai bantahan aman untuk mendesak Presiden Bashar Al-Assad meletak jawatan pada Mac 2011.

Namun, tunjuk perasaan itu bertukar menjadi perang saudara selepas rejim Bashar menggunakan kekerasan terhadap mereka. – Agensi/ taotauajer/kosmo

baca juga:
Persediaan Israel Hadapi Perkara Besar (KLIK SINI)



0 comments: