Searching...
15:13 0

Tahniah: Beego Dan Linda Hashim Dapat Anak Sulung


Tahniah: Beego Dan Linda Hashim Dapat Anak Sulung


Isteri kepada pelakon Beego yang juga seorang pelakon, Linda Hashim selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.62 kilogram pada pukul 12.20 pagi Rabu.

Mohd Aszerul Nizam Abdullah yang menggunakan nama Beego ketika menyertai Phyne Ballerz memberitahu, isterinya yang kini berada di Hospital Pakar KPJ Tawakkal, bersalin secara normal.


Linda juga kini berada dalam keadaan baik dan stabil.

Ini kata-kata Beego kepada wartawan mStar:

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kami dengan selamat awal pagi tadi dan semuanya berada dalam keadaan baik,"

"Perasaan saya sangat terharu apabila pertama kali lihat Jelita malah saya dan Linda menangis, syukur semuanya selamat dan berharap Jelita akan dipelihara kesempurnaannya oleh Allah," 

Sementara itu, Beego memberitahu, dia dan isterinya telah menamakan Jelita Clarissa kepada bayi mereka itu. Ianya memberi maksud 'Jelita Yang Jelas'.

Gambar Anak Amy Mastura (LIHAT SINI)



0 comments:

Post a Comment