Adam Dan Fiza Nak Rujuk Semula?
Pasangan selebriti yang baru bercerai iaitu Adam dan Fiza kini menjadi tumpuan setelah mereka berdua membuat kenyataan terbaru.
Ada dan Fiza sememangnya masih sayang menyayangi antara satu sama lain dan dalam tempoh edah ini, mereka sedang muhasabah diri.
Ini kata-kata Adam (mstar):
Ya, mungkin kami akan rujuk semula dan kini masih lagi memikirkan tentang perkara itu, namun itu semua terpulang kepada jodoh.
Secara jujurnya memang saya masih sayangkan dia dan bagi saya tempoh edah ini juga menguji kekuatan kami dan mencari dimana kesilapan masing-masing.
Kami saling berhubung seperti biasa kerana dia masih lagi tanggungjawab saya dan saya rasa itu tidak salah. Saya tidak ambil peduli orang kata kami ‘gila talak’, mereka tidak berada di tempat kami jadi tidak wajar untuk menuduh kami yang bukan-bukan, nak ‘gila talak’ sekalipun kami punya pasal.
Ini kata-kata Fiza (metro):
Antara kami masih berhubung dan selalu bertanya khabar. Hakikatnya sehingga sekarang kami masih lagi sayang dan rindu antara satu sama lain. Apa pun kami berserah kepada jodoh dan takdir. Bukan nak kata saya atau Adam gila talak tapi kalau untuk yang baik (berkahwin semula), apa salahnya, bukan? Mungkin ada benda yang mengganggu perkahwinan kami, ada yang tak kena tapi tak apalah kami muhasabah diri sekarang dan lihat kesilapan masing-masing.
Sekiranya mereka bersatu semula, itu sememangnya mengembirakan banyak pihak yang rata-rata menyukai hubungan mereka berdua ini.
Al-hamdulillah.. buang yg keruh.. ambil yg jernih...mudah2han diberi hidayah Allah.. dan terus kan beriman kepada Nya!
ReplyDeleteSyukur...alhamdullilah....
ReplyDelete