14:43 0

Adam Tun Tuah Kekasih Baru Shila Amzah?


Adam Tun Tuah Kekasih Baru Shila Amzah?


Kali terakhir Shila Amzah digosip bercinta ialah apabila kemelut teman tapi mesra dengan Johan Asari. 

Sejak hubungan cinta Shila Amzah dan Johan As'ari tidak kesampaian tahun lalu, nama Shila tidak pernah lagi dikaitkan bercinta dengan mana-mana lelaki.

Ada juga pernah digosip dengan pelakon Nazim Othman tetapi ternyata tidak menjadi kenyataan.

Penyanyi berusia 23 tahun itu juga pernah memberikan hint-hint di laman Instagram bahawa dirinya sedang dilamun cinta dengan seseorang namun tidak pula memberitahu siapa lelaki yang berjaya menawan hatinya.

Baru-baru ini, sebuah artikel di laman forum hiburan menimbulkan spekulasi tentang gosip percintaan Shila selepas beberapa keping gambar mesranya dengan seorang jejaka bernama Adam Tun Tuah telah dikongsikan.

Yang menjadi tumpuan hampir kesemua gambar itu diupload oleh Adam Tun Tuah di laman Instagram peribadinya dengan caption yang agak romantis.

Adam TunTuah juga memberi pujian melambung terhadap Shila Amzah. Adakah aktres itu kini sudah menemui pengganti Sharnaaz Ahmad?

-plbagaimacam-





0 comments:

Post a Comment