12:36 1

Gadis Terdesak Sanggup Sewa Lelaki RM50 Untuk Setengah Hari


Gadis Terdesak Sanggup Sewa Lelaki RM50 Untuk Setengah Hari


Seorang gadis telah membuat tawaran kepada mana-mana lelaki yang sanggup disewa selama setengah hari.

Di laman sosial Facebook, gadis itu mahu menyewa seorang lelaki untuk sama-sama menemaninya ke satu majlis kenduri kahwin pada 1 Jun depan. Lelaki itu dikehendaki berlakon sebagai kekasihnya.

Terdapat beberapa syarat. Lelaki yang disewa berkenaan haruslah berlakon sebagai teman lelakinya dengan kadar bayaran RM50 selama setengah hari. 

Syarat lain antaranya mahukan lelaki berketinggian 176cm ke atas, badan berisi tetapi tidak terlalu gemuk dan kurus.


Tindakan gadis ini telah menerima kritikan negatif para pelayar Facebook. 

Rata-rata terkejut dengan tawaran ini selain menganggap ianya satu tawaran yang agak lucu.

Lihat tawaran di bawah:

Tawaran pelik dari seorang gadis
gambar hiasan

1 comments: