Searching...
09:42 0

Anwar Ibrahim Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


Anwar Ibrahim Dan Isteri Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas pada jam 10 malam tadi.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

"Tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berada dalam keadaan selamat dan tidak memerlukan pembedahan.

Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga berada dalam keadaan selamat.

Kedua-dua Anwar dan Dr Wan Azizah dibenarkan pulang ke rumah selepas menjalani pemeriksaan.



0 comments:

Post a Comment