17:33 0

Kekasih Baru Erin Malek Merupakan Anak Jutawan



Kekasih Baru Erin Malek Merupakan Anak Jutawan


Juara program Fear Factor Malaysia musim ke2, iaitu pelakon Erin Malek mengakui dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai 'F' sejak empat bulan lalu selepas bertemu di laman sosial Instagram.

Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, berkata, dia tidak menyangka bertemu dengan lelaki tersebut menerusi laman sosial itu selepas setahun dia memutuskan hubungan dengan bekas kekasihnya.

"Permulaan kami agak lucu apabila kami bertemu di Instagram selepas saya secara tidak sengaja melihat profilnya dan dari situ kami mula berkenalan menerusi internet.

Setelah diselidik, seorang lelaki bernama Farizz Fauzi telah berada disana ketika majlis tayangan kemuncak Fear Factor.

Farizz Fauzi juga ada menaikan status di Instagram dengan ucapan tahniah buat Erin Malek.

Ini status Farizz Fauzi:
Congratulations Dear! To be the first female to have won FF Challenge! After all the Hardwork, You deserved it. Alhamdulillah, May god Bless you in your future undertaking. Stay Humble , Wish you the Best of Luck for your carrier ahead.

Ini status Erin Malek:
Thanks to my sayang, a'a and arja for coming just to support me. But not forgotten, to my family and my ppts for always being there for me while i was in the FF challenge.

Farizz dikatakan merupakan anak kepada jutawan pengedar kereta mewah iaitu Mofaz Group. 

Farizz juga tidak kurang hebat dan berjaya dalam perniagaan apabila dilantik sebagai board of director untuk Mofaz Group.

Farizz juga merupakan adik kepada bekas pemandu F1 iaitu Fairuz Fauzi.







0 comments:

Post a Comment