Azwan Terkejut Nad Zainal Beritahu Mereka Putus Cinta
Kenyataan Nad Zainal
Nad Zainal mengaku di Melodi bahwa hubungan dengan Azwan Kombos telah pun putus.
“Saya rasa tiada benda lagi nak cakap. Everything is over. Hanya kami tahu kenapa, masyarakat tak perlu masuk campur. Saya tak rasa benda ni jadi beban pun kepada masyarakat.
Benda dah habis dan semua orang pernah lalui benda yang sama.
Ada sebab masing-masing dan tak dapat nak teruskan hubungan. Cuma sebab munasabab itu tak boleh share.
Privacy saya adalah hak saya. Jangan ada yang pertikaikan. Saya hormati anda dan anda hormati saya,” - kata Nad
Nad Zainal berkata ianya bukan kerana orang ketiga.
Kenyataan Azwan Kombos
Kata Azwan Kombos, mereka tiada gaduh besar cuma Nad agak dingin dengannya akhir-akhir ini.
“Saya tidak tahu apa apa, tahu tahu sahaja Nad beritahu kami sudah putus. Saya tahu pun bukan terus dari dia tapi dari media sosial semalam. Saya sangat terkejut. Setahu saya kami tiada masalah. Beberapa hari lepas kami masih keluar bersama, tiada gaduh.
Cuma akhir akhir ini dia bersikap dingin dengan saya dan bila saya tanya melalui SMS dia jawab enough is enough. Mak Nad sendiri ada tanya saya apa yang sedang berlaku dan saya jawab saya sendiri tidak tahu. Rasanya perlu tanya kepada Nad sendiri. Kalau nak kata dia ada orang lain, mungkin ya mungkin tidak. Nad seorang sahaja ada jawapan untuk apa yang berlaku sekarang ini.
Kami sudah bersama 3 tahun dan 5 bulan, apa apa pun saya hormati keputusan dia cuma saya sekarang ini ingin berjumpa dan meminta penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku. Kenapa saya perlu tahu dari orang lain?” - Azwan
0 comments:
Post a Comment