Fiza Elite Kena Kritik Sebab Keluar Jalan-Jalan Ketika Edah
Fiza Elite telah bercerai dengan penyanyi, Adam AF 29 April lalu, kini masih dalam waktu edah.
Apa itu Edah atau Iddah? Iddah (Bahasa Arab: العدة; tempoh menunggu) ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid.
Apa kes dengan Fiza Elite pula? Kisahnya begini, Fiza ada memuat naik fotonya di Instagram cantik berbaju dan berhijab merah jambu keluar bersama 2 orang anaknya dari perkahwinan dengan bekas suami pertama.
Meskipun ramai yang memuji keayuan dan kesopanannya itu tak kurang juga yang menegur dalam entri komen fotonya itu.
Antara terguran itu adalah mengenai tindakan Fiza yang keluar ke rumah ketika tempoh edah masih ada. Mereka beri pendapat masing-masing mengikut rujukan agama Islam yang mereka ketahui.
Dalam komen itu juga memberitahu Fiza perlu duduk di rumah kerana mungkin bekas suami akan kembali rujuk dengan mudah.
Dalam laman web portal Jakim, sememangnya ada juga tertulis larangan keluar rumah jika niat ingin bersiar-siar.
Baca ini : (sumber)
0 comments:
Post a Comment