22:20 0

Gambar Brian McKnight Lamar, Peluk dan Cium Pemberita TV3 Atas Pentas


Gambar Brian McKnight Lamar, Peluk dan Cium Pemberita TV3 Atas Pentas


Penyanyi terkenal Hollywood, Brian McKnight mengejutkan para penonton pada malam persembahannya di PWTC malam tadi (Jumaat) apabila bertindak memeluk dan mencium bibir seorang penyampai berita Nightline TV3 bernama Anita. 

Sebelumnya Brian McKnight ada bertanya kepada Anita sama ada beliau sudah berpunya. Namun Anita menjawab dia sudah berpunya. Brian McKnight kemudiannya melamar Anita untuk menjadi kekasih buat beberapa minit di atas pentas.

Tindakan cubaan cium dari Biran itu menyebabkan Anita mengelak akibat terkejut dan tidak menyangka. Dia kemudian cuba mengelak.

Persembahan McKnight selama dua jam pada konsert tersebut mengangkat "More Than Words - An Intimate Evening with Brian McKnight" sebagai tema. 


Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan bintang sensasi kelahiran Buffalo, New York itu ialah Find Myself, Don't Stop, Love of My Life, Only One, Another You, Crazy Love, My Kind Girl, Made For Love, Still dan beberapa lagi lagu hebat lain. 

Antara artis tempatan yang hadir pula ialah Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha Elite, Lisa Surihani dan Yusry KRU.

Jom layan gambar di bawah:

Baca juga: Fiza Elite Kena Kritik (baca sini)



0 comments:

Post a Comment