17:42 0

Gambar Kekasih Hati Baru Siti Saleha


Gambar Kekasih Hati Baru Siti Saleha


Memang ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangannya lelaki Mat Saleh yang dikhabarkan sudah berjaya menawan hati pelakon Siti Saleha dan menjadi teman istimewanya.

Hari ini menerusi akhbar Harian Metro, Siti Saleha yang merupakan adik kepada Sam Bunkface akhirnya membenarkan wajah kekasihnya dirakam wartawan.

Siti Saleha juga menjelaskan bahawa mereka sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan.

Ujarnya lagi, kekasihnya itu seorang yang sangat pemalu dengan media.

Bagaimanapun, Siti Saleha masih belum bersedia untuk mendedahkan nama penuh kekasihnya kepada umum.

Sebelum ini, Siti Saleha pernah menjalinkan hubungan dengan penjaga gol yang juga adik pelakon Sharifah Sofea, Syed Adney dan jejaka Inggeris, Robin Coenraad namun, semuanya terputus di tengah jalan.

Ini kata-kata Siti Saleha:
“Inilah teman lelaki baru saya. Saya tiada masalah untuk bergambar tetapi dia ini sebenarnya seorang yang sangat pemalu dengan media. 

“Kami sudah berkawan rapat selama 10 bulan dan dia bekerja di bahagian kewangan. Maaflah saya tidak dapat komen lebih-lebih mengenai dirinya malah juga namanya buat masa ini. 

“Setakat ini, hubungan kami berjalan lancar dan masih dalam proses mengenali jiwa masing-masing. Kami juga belum ada perancangan untuk berkahwin buat masa ini,”

Baca juga:
Kekasih Erin Malek Anak Jutawan (klik sini)
Kekasih Hafiz Suib Yang Cun (klik sini)





0 comments:

Post a Comment