Searching...
19:45 0

7 Gambar Sekitar Pengebumian Aziz Sattar


7 Gambar Sekitar Pengebumian Aziz Sattar


Hari ini kita dikejutkan dengan kematian pelakon legenda Aziz Sattar (baca sini).

Jenazah Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar telahpun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussien Onn, Cheras Perdana.

Jenazah dikebumikan di sini kira-kira pukul 2.10 petang Selasa (6/5/2014).

Allahyarham Aziz Sattar sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Surau Al-Amin Bandar Tun Hussien Onn di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Pelakon legenda itu meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang pada pukul 2 pagi akibat serangan jantung.

Berita pemergian Datuk Aziz Sattar hari ini sememangnya menyedihkan ramai pihak terutamanya peminat-peminat dan rakan artis pelawak legenda ini. Dengan pemerigan Datuk Aziz Sattar, maka berakhirlah legasi mereka trio bujang lapok yang popular.


Suasana hiba dikalangan sanak saudara, teman handai dan rakan artis dapat dilihat ketika mereka melawat jenazah. Rata-rata mereka amat terkejut dengan pemergiannya.

Antara kenalan artis yang dilihat memberi penghormatan kepada Allahyarham adalah Datuk Mustafa Maarof, Datuk Sarimah Ahmad, Datuk Aziz Singah, AR Badul, Norlia Ghani, Datin Rosnani Jamil, Datuk M Nasir, Datuk Hattan dan Datuk Freddie Fernamdez.

Turut kelihatan pelakon Hans Isaac, Melissa Saila, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rosyam Nor Fizo Omar dan Aizat Amdan.

Jom sedekah Al-Fatihah dan doakan untuk Allahyarham Aziz Sattar.








0 comments:

Post a Comment