19:10 0

Intan Maizura, Isteri Pramugara MH370 Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Intan Maizura, Isteri Pramugara MH370 Selamat Lahirkan Anak Lelaki


Intan Maizura Othman, isteri seorang daripada anak kapal MH370 iaitu Rain, selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya semalam (19 Mei).

Intan Maizura melahirkan bayi yang diberi nama Muhammad Bin Mohd Hazrin kira-kira 4 petang tadi.

Suaminya Mohd Hazrin Hasnan merupakan antara pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac lepas.

Ini tulisan Intan Maizura:
"19 May 2014 Sayang, Ampunkan lah segala dosa2 mami to you... Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemafaan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita.. Ampunkan lah mami B... Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini..

Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus mencurahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata2 you yang diamanahkan oleh Allah ini menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia & di akhirat.... Salam sayang & rindu to you B... I realy realy miss you ... #prayforrainmh370 #prayformh370"


Itulah yang ditulis dan dimuat naik oleh Intan Maizura Othaman di akaun Instagram miliknya sebelum melahirkan anaknya.

Pasangan itu juga sudah mempunyai seorang anak perempuan bernama Iman. Usaha mencari pesawat yang menerbangkan 239 penumpang itu kini telah memasuki fasa baru SAR di dasar laut.



0 comments:

Post a Comment