20:51 0

Anak-Anak Tak Suka Suami Baru Ruminah Sidek?


Anak-Anak Tak Suka Suami Baru Ruminah Sidek?


Perkahwinan pelakon veteran Ruminah Sidek atau dipanggil Mak Mah kali ini tiba-tiba dilanda kontroversi apabila ada pihak mengatakan ianya tidak direstui oleh anak-anaknya. 

Anak Mak Mah iaitu aktor popular Adlin Aman Ramli yang menggelar bapa tiri barunya itu sebagai “suami baru mak” menimbulkan persoalan. Adlin juga tidak mahu menggelar suami baru Mak Mah sebagai ayah.

Ditambah pula Adlin Aman Ramli meninggalkan majlis yang masih meriah secara tergesa-gesa menguatkan lagi desas-desus itu.

Selain itu, anak bongsu Mak Mah juga tidak hadir ke majlis perkahwinan tersebut. Namun ianya dipercayai kerana sebab peribadi. 

Mak Mah menafikan desas-desus ini dan menganggap pihak tertentu sengaja menyebaarkan cerita berdasarkan tanggapan masing-masing yang tidak mengetahui hal sebenar.

Kata Mak Mah menerusi Harian Metro:-

Memang anak bongsu tak datang sebab dia jauh. Kalau mengenai Adlin itu, kata-katanya yang menganggap Al Fatah sebagai suami saya dan bukan bapa tirinya, dia tidak bermaksud begitu. Lagi pun, apa yang orang cakap hanya berdasarkan apa yang mereka nampak atau dengar mengenai majlis. Orang luar tak tahu cerita sebenar pun.

Ada juga perasan dalam Melodi haritu gaya Adlin macam kurang selesa bila Emelda gelar lelaki tersebut ayah baru. Apapun harap Mak Mah bahagia dengan pasangan hidup baru.

Jodoh itu merupakan rahsia Allah. Jom doakan yang terbaik buat Mak Mah.

Buat anak-anak, terimalah kehadiran ayah baru. 


0 comments:

Post a Comment