10:15 0

Kisah Shaheizy Sam Dan 12 Orang Anak


Kisah Shaheizy Sam Dan 12 Orang Anak

Shaheizy Sam merupakan pelakon yang popular dengan wataknya sebagai Adnan Sempit. Ramai juga yang tahu beliau masih single dan belum berkahwin.

Menyentuh tentang soal keluarga, pelakon yang memenangi pelbagai anugerah itu memberitahu, dia sudah lama bersedia untuk menamatkan zaman bujang sementelah usianya sudah menjangkau angka 32 tahun.

Apatah lagi melihat rakan-rakan seusianya sudah mengusung anak masing-masing membuatkan hati kecilnya sedikit cemburu.

"Saya sudah bersedia untuk berkahwin, kalau boleh memang ingin kahwin segera. Impian saya ingin memiliki 12 orang anak kerana saya suka keluarga yang besar."

Rupanya impian Shaheizy Sam inginkan 12 orang anak. Banyak tu hehe.

Ini kata Shaheizy Sam lagi:
"Pernah berkawan dengan beberapa wanita tetapi mungkin kerana jodohnya belum tiba, hubungan cinta itu terputus di tengah jalan. Bohonglah saya tidak berkawan dengan sesiapa pada usia sebegini. Mungkin belum jodoh, jadi saya belum ada calon isteri. Saya hanya mampu berdoa diberikan jodoh terbaik tetapi itu urusan Allah. Bila dan siapa wanita itu, saya sendiri tidak tahu," 


0 comments:

Post a Comment