Lagi Kes Ejek Dan Hina Azan Di Facebook
Ketua Pemuda Umno iaitu Khairy Jamaludin hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook bernama Toowen yang mengejek dan menghina azan umat Islam.
Menteri Belia dan Sukan itu menulis dalam Twitter dengan berkata, ada puak pelampau wujud di kalangan semua kaum, dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan.
“Kita perlu berdepan pelampau ini. Sepertimana yang kita lakukan ke atas ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia),” tulisnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.
Sumber: mynewshub/siakapkeli
0 comments:
Post a Comment