09:04 0

Pelakon & Penyanyi Popular Kini Alami Masalah Tekanan Perasaan


Pelakon & Penyanyi Popular Kini Alami Masalah Tekanan


Penyanyi dan pelakon yang juga aggota kumpulan After School iaitu Jooyeon kini mengalami tekanan perasaan. Beliau menyatakan puncanya akibat tekanan beban kerja ketika berlakon.

Perkara ini jelas setelah dia mengakui berat badannya susut sebanyak empat kilogram gara-gara berlakon dalam sebuah drama bersiri pertamanya yang dijangka akan ditayangkan di Korea mula pada pertengahan tahun ini. 

Portal Soompi melaporkan, keadaan itu berlaku kerana Jooyeon berasa tertekan kerana perlu membuktikan kemampuannya sebagai seorang aktres memandangkan projek tersebut turut dibintangi oleh pelakon terkenal lain.

Ini kata-katanya:
"Saya gembira apabila ramai pelakon yang saya hormati turut membintangi drama tersebut tetapi pada masa sama ia membebankan kerana saya perlu memastikan lakonan saya setaraf dengan mereka. 

"Akibat daripada tekanan itu berat badan saya susut sebanyak empat kilogram,"

Jelas Jooyeon lagi, dia berasa tertekan kerana ingin berusaha dengan baik dan mengakui sebagai seorang selebriti dia masih mempunyai banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.


jom sertai:
pertandingan best di A'Famosa (klik sini)





0 comments:

Post a Comment