11:45 0

Misha Omar Selamat Bernikah Dengan Firos


Misha Omar Selamat Bernikah Dengan Firos


carian:
misha omar nikah
gambar misha omar nikah

Syukur kehadrat Illahi, akhirnya pasangan Misha, atau nama sebenarnya Samihah Omar dan Firos selamat diijabkabulkan setelah bertunang pada tahun 2012.

Dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bahru pagi ini, Misha Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (pilot MAS) Firos Ezzwan Rossly lebih kurang jam 9.30 pagi tadi.

Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha sendiri iaitu, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat. Misha Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat. 

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Jumaat (malam ini) di hotel sama untuk keluarga perempuan (Misha)

Sementara itu, pihak lelaki memilih 12 Mei ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Gambar Nikah Fizz Fairuz dan Almy Nadia (klik sini)























0 comments:

Post a Comment