Punca Sebenar: Ahli Bomba Maut Tercampak Dari Tingkat 13
Takziah buat 2 bomba yang maut ketika bertugas. Dua orang anggota bomba maut selepas tercampak keluar dari tingkat 13.
PUNCA TERCAMPAK:
Mereka berdua dikatakan tercampak akibat letupan yang kuat di sebuah apartmen di daerah Shanghai Xuhui, China.
Bomba terbabit ialah Qian Lingyun berumur 23 tahun dan Liu Jie 20 tahun. Yang sedihnya mereka berdua dilihat memegang antara satu sama lain sewaktu jatuh ke bawah.
Kedua-duanya kemudian segera dikejarkan ke hospital, tetapi gagal diselamatkan dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Seorang lagi anggota bomba yang turut berada di tingkat yang sama mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu.
PUNCA KEBAKARAN:
Hasil siasatan awal, punca kebakaran dalam apartmen tersebut masih tidak diketahui, namun pihak bomba berkata, terdapat banyak alat eletrik yang disambung pada soket selain pendawaian elektrik yang berselirat.
Saksi memberitahu, ramai rakan setugas mengalirkan air mata setelah mengetahui kejadian yang menimpa kedua-dua anggota bomba yang menyertai unit tersebut sejak tahun 2012.
10 Gambar Karpal Singh Maut Kemalangan (klik sini)
0 comments:
Post a Comment