11:16 2

Ruminah Sidek Selamat Bernikah Dengan Peneroka Felda


Ruminah Sidek Selamat Bernikah Dengan Peneroka Felda


Pelakon vetaran Ruminah Sidek selamat bergelar isteri kepada peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al Fatah Rahim Ismail dalam satu majlis yang diadakan di kediamannya abang ipar pelakon itu, di sini, Sabtu.

Ruminah Sidek kini berumur 68 tahun dan suaminya pula berumur 70 tahun. Ruminah merupakan ibu kepada pelakon Adlin Aman Ramli.

Akad nikah itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang dan disaksikan oleh adik lelaki pengantin perempuan Mohd Jani Sarman kira-kira pukul 9.20 pagi.

Ruminah Sidek atau lebih dikenali rakan rapat dan artis sebagai Mak Mah menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran.

Mak Mah menerima sebanyak tujuh dulang hantaran yang berupa kek, Al-Quran, beg tangan, kasut, sejadah, air minuman Twister, dan telekung.

Pihak lelaki pula menerima satu set wangian, kek, tepak sirih, set pakaian, sejadah, tuala dan buah-buahan.

Majlis nikah tersebut turut disiarkan secara langsung program Nasi Lemak Kopi O. Abon menjadi pengacara bersama AR Badul dan Aida Gadis Melayu.

Mak Mah berkata mereka bersyukur dan gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas majlis pernikahan selesai dihadiri hampir 3,000 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak.







2 comments: