14:25 0

Saya bukan tunang Pekin- Uqasha Senrose

Saya bukan tunang Pekin - Uqasha Senrose

Ramai sebenarnya yang keliru tentang status antara Uqasha Senrose dan juga Pekin Ibrahim yang dulu dikatakan telah pun putus tunang namun dinafikan oleh pihak Pekin.

Namun begitu, menerusi Harian Metro pelakon jelita Uqasha Senrose mendakwa bahawa dirinya bukan tunang  Pekin Ibrahim seperti yang di gembar gemburkan.

Jelas Uqasha Senrose lagi dia tidak pernah bertunang dengan Pekin Ibrahim dan merasa rimas apabila Pekin menjaja kisah cinta mereka di media.

Uqasha Senrose dengan tegasnya berkata bahawa :-

“Saya bukan tunang dia dan kami tidak pernah bertunang. Kata putus dah dibuat pun. Sudah empat  atau lima bulan kami sudah tidak berkomunikasi langsung,”

“Saya betul-betul tak tahu apa agenda dia terus bercakap mengenai hubungan kami kepada media? Sebenarnya kami memang dah tak ada apa-apa. Kami dah pernah berbincang benda ini, jadi tak perlulah dia terus canang lagi,”

Admin sendiri pun tak pasti mana satu yang betul, semoga mereka berdua baik-baik sahaja.




0 comments:

Post a Comment