Saya Lebih Popular Kerana Saya Pakai Hijab - Wardina
Terbaca satu artikel di portal Harakah tentang kisah Wardina yang akui setelah memakai tudung, beliau mejadi lebih popular.
Ternyata apabila berhijrah dan bertudung, rezeki masih ada datang mencurah dan sememangnya rezeki itu dari Allah.
“Saya menjadi lebih popular kerana saya memakai hijab. Perhatian media itu membuatkan saya lebih popular,” kata pengacara dan selebriti yang telah lama berhijrah, Wardina Safiyyah.
Justeru, katanya suka atau tidak, wartawan mesti menulis tentang dirinya yang memiliki segalanya dan terkenal namun mahu memakai hijab.
Beliau dijemput untuk memberi pandangan tentang wanita yang bertudung di dalam dunia moden ketika ini dan bagaimana beliau sebagai seorang selebriti mampu mengekalkan kerjaya yang cemerlang selepas berhijab.
Sumber; Harakah
0 comments:
Post a Comment