16:42 0

Shahir Kini Rapat Dengan Erra Fazira, Dalam Proses Kenali Hati Budi

Shahir Kini Rapat Dengan Erra Fazira, Dalam Proses Kenali Hati Budi

Terbaca di portal murai dan laporan hlive! Shahir juara Akedemi Fantasia 8 kini sedang rapat dengan pelakon popular Erra Fazira.

Shahir sendiri apabila didesak akhirnya mengakui dia kini sedang berkawan dengan Erra Fazira.

Kata Shahir, sememangnya tidak salah untuk dia berkawan dengan artis berpengalaman seperti Erra Fazira.

Ketika ditemui di Anugerah Bintang Popular 2013, wartawa berjaya menemui kedua-dua artis ini untuk mendapat komen masing-masing.

Ini kata-kata Shahir:
“Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut," 

“Saya anggap Erra Fazira sebagai Erra Fazira. Dia seorang artis berpengalaman yang boleh dijadikan sumber rujukan artis-artis baru seperti saya,” 

Ini kata-kata Erra Fazira:
“Kalau boleh saya tidak mahu memberi komen apa-apa selain dari ABP. Kehidupan peribadi saya, saya tidak mahu komen. Hari ini adalah hari ABP," 

Gosip ini timbul apabila diberitakan Erra Fazira dan Shahir dilihat keluar bersama dan mereka dikatakan sedang rapat.

Erra kini merumur 40 tahun dan baru sahaja bercerai denga bekas suami, Engku Emran. Shahir pula berusia 26 tahun dan pernah rapat dengan Rozita Che Wan suata masa dulu.


0 comments:

Post a Comment