Sharifah Shahira Bengang Dengan Laporan Metro
Pelakon dan deejay radio, Sharifah Shahira bengang dengan laporan dari akhbar Metro hari ini (23 Mei). Ini ekoran laporan tentang layanan dan servis restoren makan miliknya yang dikatakan acuh tidak acuh melayan pelanggan.
Ini laporan Metro bertajuk" Batal Hasrat Makan Kedai Artis":
Siapa tak mahu mengunjungi kedai makanan yang diusahakan artis lebih-lebih lagi jika individu itu terkenal. Baru-baru ini, rakan SS merungut mengenai mutu perkhidmatan sebuah kedai makan milik seorang artis yang dikatakan terlalu lembap.
Sebagai peminat tegar, rakan SS ingin mencuba makanan di kedai artis terbabit yang dikatakan boleh tahan sedap. Katanya, sebaik tiba di kedai, premis itu didapati sesak dengan kehadiran pelanggan. Namun pelanggan terpaksa menunggu terlalu lama untuk membuat pesanan serta menikmati hidangan kerana kekurangan kakitangan. Disebabkan tidak sanggup menunggu lebih lama, rakan SS terpaksa membatalkan niat menikmati makanan di kedai artis itu.
Seandainya sudah tahu perniagaannya mendapat sambutan hangat, tambahlah kakitangan supaya pelanggan tidak perlu tunggu lama. SS pelik adakah artis itu tidak mampu mengupah lebih ramai kakitangan atau dia sendiri tak ambil kisah dengan perniagaannya?
Dengan laporan itu Sharifah Shahira atau Shiera bengang dan menulis ini kisah sebenar di laman sosial.
Ini kata-kata Sharifah Shahira:
Subhanallahh.. adakami punya kedai makan .... naper tulis tak tulis nama... oh my harian metro... tulis ler... kalau kami punya ..kami baru bukak 3 minggu.. pekerja memang takde yg nak kerja... puas cari tapi kami masih lagi cari kenapa kata kami kedekut... takkkk kami .kalau betul kami pu ya interview ler kami... napwer baling batu sorok tangan tak tulis name..ish ishhh.. dah baling bocor kepalaku... berdarahhhhhh...tima kasib kasih harian metro
Apapun diharap kedai makan Shiera terus sukses. Kepala bocor tu diharap cepatlah sembuh ya. Haha :)
Sy nk keja la full time leh..part time pun leh..tp nk tnya dlu gj mcm ner?
ReplyDeleteblh sewa x kdai?wt western food..dpt dpn kdai pn xpe
ReplyDeletebaru tau ke akbar skrg bangang xabis2
ReplyDeleteHaters sngguh manusia zmn skrg..
ReplyDelete