Soo Wincci Cabar Iqram Dinzly
Ekoran kes yang sedang melanda Iqram DInzly (baca sini), Soo Wincci akhirnya membuka mulut dan memberi komen.
Penyanyi Soo Wincci akui mencabar pelakon Iqram Dinzly untuk menghantar mesej berbaur luc+h melalui aplikasi Whatsapp kepada seorang kenalan lelaki mereka .
Soo Wincci berkata, dia melakukan perkara tersebut kerana ingin bergurau memandangkan pelakon lelaki itu seringkali didakwa mengamalkan hubungan s0ngsang.
Ini kata-kata Soo Wincci:
"Ini semua salah saya. Perkara ini terjadi disebabkan tindakan saya yang mencabar Iqram supaya bercakap seperti itu dengan seorang lagi kawan kami.
"Saya sengaja minta dia berbuat begitu kerana banyak gosip tentang dia berkaitan hubungan s0ngsang atau 'g+y', jadi saya anggap ia sebagai gurauan sahaja dan tidak sangka perkara ini boleh tersebar serta disalah tafsir,"
"Lelaki tersebut peminat saya dan dia ingin jumpa kami dan bawa jalan-jalan di London memandangkan dia masih lagi belajar di sana.
"Bagaimanapun, saya tidak dapat pergi kerana sibuk dengan urusan kerja di Taiwan dan minta dia untuk membantu Iqram sepanjang berda di sana,"
"Saya marah apabila dia tidak ceritakan perkara sebenar kerana tidak mahu libatkan saya. Alasannya tidak mahu menganggu kerja saya di Taiwan.
"Tetapi saya sendiri rasa bersalah dan mahu menceritakan perkara sebenar disebalik salah faham ini, kami anggap isu ini hanya gurauan semata-mata,"
Dalam pada itu, Wincci berasa amat bersalah kerana mencabar Iqram, dan akhirnya mesej itu tersebar meluas.
Soo Wincci yang mengakui masih berkawan rapat dengan Iqram turut menganggap gurauan berkaitan isu hubungan s0ngsang merupakan perkara biasa.
Dalam perkembangan lain, Soo Wincci kini menetap di Taiwan bagi menguruskan kerjaya nyanyian dan lakonannya di negara tersebut.
Baca Kes Iqram Dinzly: (baca sini)
0 comments:
Post a Comment