09:40 0

Video CCTV Dan Fakta Kes Ngeri Budak 2 Tahun Dipenggal Kepala

Video CCTV Dan Fakta Kes Ngeri Budak 2 Tahun Dipenggal Kepala


Berikut merupakan beberapa fakta penting kes kanak-kanak bernama Sofia diculik dan dipenggal kepala.

FAKTA KES:

Pada 29 Mei 2014, lebih kurang jam 2100 (9 malam), telah terima maklumat berkenaan saksi terjumpa satu mayat kanak-kanak di kawasan tepi sungai Klang.

SIASATAN AWAL:

Pihak polis telah menjumpai satu mayat dipercayai kanak-kanak perempuan dijumpai tertiarap dan kepalanya putus dan berada berdekatan kakinya.

Pemeriksaan pihak Forensik mendapati mayat tersebut adalah kanak-kanak perempuan dan semasa dijumpai masih memakai seluar panjang putih dan pampers dan tidak berbaju. Terdapat kesan potong di leher dan belakang tengkorak pecah. Tiada luka luaran yang lain.

Dijumpai di tempat kejadian adalah:

-Sandal hitam (dipercayai milik saspek)
-Sepasang sandal kanak-kanak berwarna hitam dan hijau
-Baju kanak-kanak tidak berlengan berwarna putih
-Tali pengikat rambut
-Serpihan ceramic (dipercayai digunakan untuk memotong leher mangsa)

IBU MANGSA

Maklumat seterusnya telah membawa seorang perempuan melayu dipercayai ibu mangsa dikenali sebagai SALMY.

SALMY bersama kawan-kawannya di tingkat 4 Kota Raya lebih kurang jam 3-4 petang. SALMY masuk ke tandas dan meminta kawan-kawannya menjaga anaknya buat seketika.

Apabila keluar 5 minit kemudian dia mendapati anaknya tiada. Mereka telah mencari tetapi tidak jumpa, sehinggalah penemuan mayat kanak-kanak ini.

Soalsiasat ke atas SALMY telah dijalankan dan dia telah berikan deskripsi anaknya sama dengan mangsa.

Menurut SALMY, anaknya bernama SITI SOFFEA EMELDA berumur 2 tahun 6 bulan.

KETERANGAN SAKSI

Saksi dua orang Sabah mngatakan mereka ternampak seorang lelaki warganegara asing mendukung mangsa berjalan meredah rumput di tebing sungai l, mangsa tidak berbaju dan masih hidup.

Kemudian, saksi nampak suspek telah mencekik mangsa menekan ke tanah dan kmudiannya mengambil objek seperti ceramic dan memukul ke arah kepala mangsa. Saksi telah panggil Polis Bantuan Public Bank berdekatan dan apabila menyedari kedatangan Polis Bantuan, suspek telah terjun ke sungai Klang dan dibawa arus. (sumber: mymediahub)

Video Rakaman CCTV Suspek Culik Kanak-Kanak 2 Tahun Dipenggal Kepalanya (DISINI)


Gambar mangsa Soffea

suspek
Video Rakaman CCTV Suspek Culik Kanak-Kanak 2 Tahun Dipenggal Kepalanya (DISINI)
video CCTV



0 comments:

Post a Comment