20:16 0

Bade Kahwin Isteri Kedua, Erma Fatima Dapat Madu

Bade Kahwin Isteri Kedua, Erma Fatima Dapat Madu


Wow ini kisah terbaru tentang kisah Bade dan Erma Fatima. Melalui Utusan Malaysia, Bade dikatakan berkahwin kali kedua (isteri kedua) dan Erma Fatima mendapat madu (isteri muda).

Pengarah filem terkenal Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi dikatakan berkahwin dengan seorang wanita, Aida Abdul, berusia awal 30-an.

Majlis secara tertutup meraikan pernikahan baru suami kepada Erma Fatima itu berlangsung di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu. Ianya dihadiri sahabat rapat sahaja dan turut hadir ialah Datuk Rosyam Nor.

Sehingga kini Bade sendiri masih belum memberi sebarang pengesahan mengenai pernikahannya itu walaupun usaha mendapatkan kenyataan daripada pengarah berkenaan dibuat semenjak minggu lalu.

Dipetik dari Utusan:
"Bade dan isterinya difahamkan telah bernikah sekitar dua bulan lalu di negara jiran. Wanita berkenaan juga merupakan orang yang terlibat dalam bidang penerbitan drama dan filem dan kini membantu produksi Bade sendiri," 

Rosyam Nor berkata:
"Ini kisah peribadi, awak tanya tuan punya diri, itu lebih baik,"

Erma, isteri pertama Bade juga gagal dihubungi untuk memberikan sebarang komen. Hasil penelitian di laman Instagram Erma, pengarah itu kini berada di Sepanyol untuk projek karya terbaharunya.

Tahniah buat Bade. Semoga berbahagia.



0 comments:

Post a Comment